BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 24, 2013

Kehidupan di Politeknik Port Dickson

Hari pertama memang sukar nak lepaskan segala keselasaan yang kita punya apabila kita berada di tempat sendiri dan mempunyai ibu bapa sebagai tempat rujukan jika ada apa pun yang berlaku. Tetapi di sini aku perlu hidup berdikari. Pelbagai gelagat rakan yang aku temui. Ada yang lurus bendul, ada yang gila kuasa, ada yang satu kepala dengan aku, iaitu gila2. Aku cepat tertarik dengan sesiapa sahaja yang berketurunan jawa sebab aku juga berkuturunan jawa. Malah, Iqbal buah hati aku juga keturunan jawa. Orang jawa ini sinonim dengan sikap penyabar dan penuh dengan lemah lembut dari semua aspek, dari segi pertuturan, cara menegur dan sebagainya. Kuzi, seorang senior dalam jurusan automotif perlahan-lahan membuat aku tertarik hati dengan personaliti yang telah dia tampilkan apabila dia mengacara majlis dan menguruskan kami freshie yang mempunyai pelbagai gelagat lagi-lagi apabila kita berpaling kepada budak lelaki yang sukar memberikan kami kerjasama untuk duduk diam mendengar dan patuh segala arahan yang perlu. Kuzi, berumur dua puluh tiga tahun, berkulit hitam manis, tinggi dan berbadan tegap telah berjaya mebuat kami seramai lebih dari seribu lima ratus orang pelajar amat menyenangi cara beliau menangani kami.
contoh2 kes yang agak "tergempar" semasa MSK
-kes laki isap rokok,tetapi abg Kuzi tidak terus menghukum dan hanya memanggil dengan cara lembut
-perempuan, curi phone, tetapi menanya sama juga cara seperti yang dilakukan dengan lelaki
-lelaki, tidak menghormati kakak dan abang fasilitator, tetapi abg Kuzi hanya menasihati mereka dan tidak mendenda

 20-06-2013 hari terakhir mendapat dengar suara abg kuzi yang sangat dipujai dan dihormati. Mengharapkan akan berjumpa dan berkenalan dengan abang kuzi dalam masa 6 bulan kerana abang kuzi telah berada di semester terakhir iaitu semester ke-enam :)